Tuesday, July 2, 2013

please like :)

As salam and very good morning.


please like the page and like my picture for vote. also need your help for forward the link with your friend and like my picture. thanks a lot taking a few minute for like my picture. also need it. hee. tqvm all.




Wednesday, December 19, 2012

senyum tidak perlu kata apa-apa

Hello u ollss


Entry kali ni aku nak share sikit info mengenai fakta senyuman. 

Kebanyakan daripada kita semua apabila nak berposing dan upload picture ke facebook @ twitter contohnya, perkara pertama yang bermain dibenak kita semestinya adalah senyum. Namun senyum sebenarnya adalah lebih daripada itu. Ia bukan sekadar ekspresi wajah untuk bergambar semata-mata. Jom kita selami sedikit sebanyak kepentingan dan faedah yang kita dapat bila kita senyum.

1)Senyum Elok Untuk Tubuh
Setiap kali kita berkerut, kita secara tidak langsung menggerakkan 43 otot muka manakala apabila kita senyum kita hanya menggunakan 17 otot sahaja. Ada kajian mengatakan bahawa selalu senyum dapat mengurangkan tekanan darah. Tambah sedikit dengan gelak akan menyebabkan tubuh badan anda bersenam dengan sendirinya. Ketawa dapat menurunkan kalori sehingga 20%.

2)Senyum Ertinya Manusia
Satu perkara yang membezakan manusia dengan haiwan ialah senyum. Senyum bukan perkara yang diajar tetapi ia mekanisma semulajadi yang berlaku sewaktu kita lahir. Kajian menunjukkan setiap bayi yang disambut akan senyum pada 2 atau 3 jam selepas lahir.

3) Wanita Lebih Gemar Senyum
Fakta membuktikan bahawa wanita akan senyum 62 kali sehari berbanding lelaki yang hanya akan menunjukkan gigi (senyum) 8 kali sehari. Kajian ini dilakukan terhadap dua jantina yang mempunyai sama kerjaya dan di tempat yang sama kerana setiap tempat kerja mempunyai etika tersendiri.

4)Senyum Mempunyai Jenis dan Kelas
Gembira bukan satu-satunya perkara yang membuatkan kita tersenyum. Kajian menunjukkan manusia mempunyai 19 jenis senyuman. Ia bergantung kepada situasi dan emosi termasuk kebencian dan marah.
Secara umum kita boleh menilai sama ada orang itu senyum ikhlas atau tidak.

5)Kecantikan Lahir Daripada Senyum
Apabila ditanya semasa soal-selidik di Scotland University, siapakah pelajar yang paling menarik?
Masing-masing menuding jari ke arah mereka yang sedang senyum. Dalam laporan kajian, 69% wanita nampak muda dan menarik apabila senyum berbanding yang hanya menggunakan solekan semata-mata.

6)Senyum Panjangkan Hayat
Universiti Illinois telah melakukan sebuah kajian di mana apabila seseorang itu gembira dan selalu senyum hayatnya boleh mencapai satu dekad lebih berbanding yang tidak. Manakala kajian pada atlet pula boleh mencapai 7 tahun lebih.

7)Perkahwinan Yang Bahagia Datang Daripada Senyuman
Pengkaji di DePauw Uniersity pula mendapati pasangan yang mengukir senyuman dengan kerap kebiasaannya adalah pasangan yang paling erat. Kerana senyum mampu membuat bukan sahaja keluarga bahagia malah orang di sekeliling juga turut tertarik untuk bersama-sama gembira dan membentuk hubungan positif.

8)Senyum Tingkatkan Hormon Gembira
Senyum menurut kajian sains akan melepaskan hormon endorphins, hormon yang membuat manusia suka. Bukan itu sahaja malah ia juga meningkatkan bahan kimia dipanggil Serotonin iaitu bahan kimia yang mengurangkan tekanan dalam badan.

9)Lawan Demam Dengan Senyuman
Tahukan anda bahawa apabila kita senyum badan kita akan menghasilkan anti-body dan Sel T atau sel darah putih yang akan memberikan imunisasi optimum kepada badan.

10)Senyum Itu Wabak
Semasa kajian atau eksperimen dijalankan di Sweden, peserta yang terlibat menyatakan bahawa mereka menghadapi kesukaran untuk berkerut apabila melihat peserta lain senyum ke arah mereka. Apa yang terjadi tanpa disedari mereka akan senyum kepada mereka semula. Mulalah untuk senyum kerana satu dunia akan seyum kepada anda.


p/s : cukup menyampah tgk org yg kerek (sombong). kita pandang + senyum depa wat muka sombong. ingat bagus sgt ka hampa tu? (kan dah terkutuk) +__+

Friday, December 7, 2012

NesCafe iTu BahaYa

Salam,

Zaman sekarang ni, banyak sangat penyakit dari pemakanan dan minuman especially yang mudah dimasak. tak sampai 10 min dah boleh makan/minum. So pada entry pada kali ni aku nak share sikit mengenai nescafe @ coffemate yang kita selalu duk minum especially yang 3 in 1 tu.. Jom baca entry kat bawah ni.

Dalam satu situasi yang aku baca dalam artikel ni 

"Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan. Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya."

Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat  dikenalpasti :


1) Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.
2) Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh.
3) Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
4) Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.
5) Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
6) Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.
7) Tapak tangannya.semakin basah.


"Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)' .Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk
merawat jantungnya: "


1) Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis creamer yang dibuat selain susu (non dairy creamer).
2) Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer.
3) Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi.
4) Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.
5) Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine.
6) Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya.
7) Elakkan mandi selepas makan.
8) Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit, selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.
9) Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda
10) Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.
11) Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.

p/s : Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama
bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.

Thursday, November 29, 2012

Jerawat oh Jerawat

Assalammualaikum

Entry pada kali ni aku nak share sikit petua2 untuk menghilangkan jerawat. rasanya bila semua dah masuk alam remaja, mesti semua akan mengalami jangkitan jerawat walaupun seketul kecik kan. bagi aku, first time muka aku dijangkiti jerawat adalah ketika aku ditingkatan 2. Actually pada mulanya xde pun lagi jerawat. tp maklumlah, jiwa meningkat remaja, tgk iklan produk2 kecantikan kat tv. terpengaruh la pulak. tgk pulak model2 cun2 kan. then terus g kedai n beli produk ape ntah dah xbpe nak ingt. lepas beberapa kali try, rasa macam x sesuai, aku try lagik produk lain. last2 timbul la jerawat yg berlambak-lambak dan x terkira kat muka aku ni. siyes masa tu aku nages sungguh2 kot. lepas dari tu, aku guna 1 jenis produk je dan alhamdulillah berkesan dan sesuai dengan kulit aku. terima kasih Ya Allah.

ok cerita di atas ni cuma nak berkongsi pengalaman aku bila mula2 kena penyakit yang dinamakan jerawat ni. baru-baru ni aku ada dapat 1 artikel mengenai tips-tips cara nak menghilangkan jerawat menggunakan produk asli. bukan tiruan ok. bebas bahan kimia dan segala bagai. nak dapat pun senang tau. 


ni adalah tips-tips yang aku nak kongsikan. boleh lah kalau korang nak try nanti. mana tau berkesan.
 inshaa Allah


1) Hilangkan Jerawat Dengan Tomato

Buah tomato ini mempunyai pelbagai khasiat yang bagus. Antara khasiat buah tomato ialah baik untuk kesihatan mata, menghilangkan bintik hitam (blackheads) dan juga menghilangkan jerawat. Mula-mula belah buah tomato dan lumurkan ke seluruh muka dan biar sekurang-kurangnya 1 jam atau biar sehingga kering barulah bilas dengan air suam. Untuk hasil yang terbaik amalkan juga dengan makan tomato.

2) Hilangkan Jewarat Dengan Kulit Kayu Manis

Mula-mula ambil satu kulit kayu manis dan asahkannya pada tembikar atau alas pengasah campurkan dengan sedikit madu. Kalau takde madu boleh juga gunakan air biasa. Jadikannya sebagai masker dan sapukan ke seluruh muka sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Peringatan kalau first time cuba letakkan nipis-nipis sebab kulit kayu manis ini panas. Kalau dah biasa boleh sapuan tebal. Tapi kulit kayu manis memang paling mujarab untuk cuba. Cuma kelemahan panas dan bau rempah yang kuat. Hee..

3) Hilangkan Jerawat Dengan Ubat Gigi

Sebelum tidur, letakkan ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat. Biarkan semalaman/sampai pagi kemudian baru di bilas dengan air yang suam. Kandungan ubat gigi mampu membantu untuk mengeringkan jerawat dan ia juga mampu untuk menyerap minyak pada wajah. Ini tips paling mudah sekali untuk amalkan. Muka pun sejuk je bila sapu ubat gigi pada jerawat.

4) Hilangkan Jerawat Dengan Putih Telur 

First, pisahkan kuning telur dengan putih telur. Just ambil putih telurnya sahaja. Pukul sebentar lalu pakaikan ke wajah anda dan diam selama 15 minit. Putih telur ini berfungsi membantu mengurangkan minyak di wajah anda yang seringkali menjadi penyebab timbulnya jerawat. Selepas itu cuci dengan air suam. Selain itu, telur putih ini boleh buang blackhead dan whitehead dengan korang rendamkan tisu dengan telur putih kemudian tampalkan tisu pada hidung. Selepas kering, tengok blackhead dan whitehead melekat pada tisu. Cuma kelemahannya bau hanyir pada telur je la..

5) Hilangkan Jerawat Dengan Pucuk Jambu Batu

Ambil segenggam pucuk jambu batu (korang jangan pulak ambil daun yang tua, kesian muka.hehe) dan gulungkan pada tangan . Kemudian gosok-gosokkan pucuk jambu batu pada muka. Biarkan beberapa minit supaya kering di muka . Kemudian basuhlah dengan air suam.

6) Hilangkan Jerawat Dengan Air Basuhan Beras

Air basuhan beras jangan dibuang. Ia turut mempunyai banyak khasiat tradisional. Selawat Nabi sebanyak tiga kali dan basuh muka dengan air basuhan beras tersebut. Jangan dilapkan, biarkan hingga kering sendiri. Selepas kering, cuci dengan air suam.
Semua orang pasti tidak suka jerawat, lebih-lebih lagi jerawat di muka yang menggangu penampilan diri. Selain itu, parut jerawat biasanya tidak hilang dengan mudah dari wajah kita.

7) Hilangkan Jerawat Dengan Lidah Buaya

Lendir lidah buaya (aloe vera) selain dapat menghilangkan jerawat, ia juga bagus untuk menghilangkan parut jerawat. Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, sapukan lendir lidah buaya pada bahagian muka yang terdapat jerawat. Ulangi langkah ini pada setiap pagi dan waktu petang. Yang penting berterusan.

that's all :)


Wednesday, November 28, 2012

selamat rina

Assalammualaikum


Alhamdulillah, harini genap umur aku 23 tahun.. dah besar ye kamu rina. hihi..

Kepada semua yg wish besday kat aku, tqvm. sayang kamu semua.. semoga makin matang la aku lepas ni walaupun rasanya masih muda lagi usia 23 ni bagi aku. ketot tu memang dah xboleh ubah dah la..hehe

tahun ni rasanya xde apa2 yang special. tetapi ucapan dan doa dari semua dah cukup bagi aku untuk rasa dihargai.
"act agak hiba sikit for someone. but it's ok lah. Senyum Selalu bagus untuk gembirakan hati ini"

anyway, tu je yg aku nak berceritera pada entry kali ni.
babai *_*

Saturday, November 24, 2012

MCD sedap sangat

Hye peps.

Entry kali ni, i nak share sikit  ngan korang tentang MCD. jom reramai baca

gambar ni adalah untuk pemanas badan sebelum nak minta u ollss baca entry kat bawah ni. semoga kita sama2 mendoakan mereka di sana. 





Kenapa kita perlu boikot rangkaian Restoran McDonald? 

Isu ni dari dulu tak selesai-selesai, tiada penghujung dan noktahnya.. Mungkin sedikit penjelasan dan ulasan akan memberikan sedikit pencerahan.


Berkaitan kenyataan McD Malaysia. McD Malaysia membayar yuran franchisee kpd McD Corp USA. Ada puluhan ribu restoran McD di seluruh dunia. Walaupun setiap dari Restoran McD ini menyumbang sebanyak 5% dari hasil mereka ini sudah berjumlah ratusan juta USD (bahkan mungkin billion dollar).



Oleh kerana McD secara konsisten ada menyumbang kepada ekonomi Israel sejak 30 tahun yang lalu, maka kita harus menyampaikan mesej yang jelas lagi tegas di seluruh dunia kepada semua negara di mana McD ada membuka cawangan. 



Jika setiap negara di mana McD beroperasi membuat penafian bahawa ‘mereka tidak menyumbang kepada Israel’ bahkan mereka adalah syarikat berdaftar di negara masing-masing, maka pemboikotan akan gagal dan McD Corporation US bolih meneruskan sokongan tidak berbelah bagi kepada Israel.



Tetapi jika setiap warga dunia mula memboikot operasi McD di negera masing-masing maka ini akan menyampaikan mesej yang jelas supaya McD Corp US menghentikan sokongannya kepada Israel.



Bayangkan jika kutipan dari yuran franchisee sahaja jumlahnya ratusan juta dollar sehari, berapa banyak jentera perang yang bolih dibeli oleh Israel dengan sumbangan McD bagi membunuh rakyat Palestin.



Kerana itu, boikot adalah satu ‘peperangan’. Seruan boikot akan diterjah semula oleh pihak musuh dengan mengatakan kami ‘cawangan tempatan’ dan kami hanya membayar cukai kpd kerajaan kita. Lagipun kami menyumbang kepada ekonomi negara dan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.



Jika semua negara membuat pengistiharan seperti ini dan semua warga dunia terpedaya dengan seruan kata-kata manis ini, maka  boikot  akan gagal secara keseluruhannya (total failure). 



Tetapi apabila McD seberang laut menerima tempias dari polisi McD Corp yang membiayai Israel, maka akhirnya McD Corp terpaksa berfikir lagi sebelum meneruskan sokongannya kepada zionis kerana keuntungan seberang lautnya mula menyusut.



Ini boleh dibuktikan betapa lebih 400 buah restoran rangkain McDonald di Jepun sudah gulung tikar dan beberapa ratus lagi bakal menyusul



Ingat boikot adalah peperangan dan musuh akan menggunakan hujjah ‘yang masuk akal’ untuk menggagalkan strategi boikot. 

Nabi Muhammad SAW pernah berpesan dengan maksudnya: 
" Sesungguhnya di kalangan kamu yang melihat perkara mungkar, hendaklah dia mengubah dengan tangannya, kalau tidak berkuasa mengubah dengan tangan ,maka dengan lidah, kalau tidak berkuasa dengan lidah, maka benci di dalam hati, itulah tanda selemah-lemah iman." 

Mengikut satu riwayat lain dan tidak ada selepas daripada itu iman walaupun sebijik sawi. Ertinya kalau benci di dalam hati tidak ada, maka bererti bersetujulah dengan kemungkaran yang berlaku.


Nak pergi ke Gaza untuk sama-sama berjuang dengan para Mujahiddin Hamas sudah pasti kita tidak ada kemampuan, maka cara selemah-lemah jihad yang mampu kita lakukan ialah  BOIKOT RESTORAN MCDONALD...KITA TIDAK AKAN MATI DAN RUGI JIKA TIDAK MENJAMAH BURGER ATAU APA JUA MAKANAN YANG DIJUAL DIRESTORAN MCDONALD... BANYAK LAGI MAKAN ALTERNATIF YANG BOLEH DIPEROLEHI DIRESTORAN LAIN.


JADILAH SEORANG MANUSIA YANG ADA PERASAAN KEMANUSIAAN.

p/s :this entry just #copy and paste. Sekian ~