Thursday, November 29, 2012

Jerawat oh Jerawat

Assalammualaikum

Entry pada kali ni aku nak share sikit petua2 untuk menghilangkan jerawat. rasanya bila semua dah masuk alam remaja, mesti semua akan mengalami jangkitan jerawat walaupun seketul kecik kan. bagi aku, first time muka aku dijangkiti jerawat adalah ketika aku ditingkatan 2. Actually pada mulanya xde pun lagi jerawat. tp maklumlah, jiwa meningkat remaja, tgk iklan produk2 kecantikan kat tv. terpengaruh la pulak. tgk pulak model2 cun2 kan. then terus g kedai n beli produk ape ntah dah xbpe nak ingt. lepas beberapa kali try, rasa macam x sesuai, aku try lagik produk lain. last2 timbul la jerawat yg berlambak-lambak dan x terkira kat muka aku ni. siyes masa tu aku nages sungguh2 kot. lepas dari tu, aku guna 1 jenis produk je dan alhamdulillah berkesan dan sesuai dengan kulit aku. terima kasih Ya Allah.

ok cerita di atas ni cuma nak berkongsi pengalaman aku bila mula2 kena penyakit yang dinamakan jerawat ni. baru-baru ni aku ada dapat 1 artikel mengenai tips-tips cara nak menghilangkan jerawat menggunakan produk asli. bukan tiruan ok. bebas bahan kimia dan segala bagai. nak dapat pun senang tau. 


ni adalah tips-tips yang aku nak kongsikan. boleh lah kalau korang nak try nanti. mana tau berkesan.
 inshaa Allah


1) Hilangkan Jerawat Dengan Tomato

Buah tomato ini mempunyai pelbagai khasiat yang bagus. Antara khasiat buah tomato ialah baik untuk kesihatan mata, menghilangkan bintik hitam (blackheads) dan juga menghilangkan jerawat. Mula-mula belah buah tomato dan lumurkan ke seluruh muka dan biar sekurang-kurangnya 1 jam atau biar sehingga kering barulah bilas dengan air suam. Untuk hasil yang terbaik amalkan juga dengan makan tomato.

2) Hilangkan Jewarat Dengan Kulit Kayu Manis

Mula-mula ambil satu kulit kayu manis dan asahkannya pada tembikar atau alas pengasah campurkan dengan sedikit madu. Kalau takde madu boleh juga gunakan air biasa. Jadikannya sebagai masker dan sapukan ke seluruh muka sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Peringatan kalau first time cuba letakkan nipis-nipis sebab kulit kayu manis ini panas. Kalau dah biasa boleh sapuan tebal. Tapi kulit kayu manis memang paling mujarab untuk cuba. Cuma kelemahan panas dan bau rempah yang kuat. Hee..

3) Hilangkan Jerawat Dengan Ubat Gigi

Sebelum tidur, letakkan ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat. Biarkan semalaman/sampai pagi kemudian baru di bilas dengan air yang suam. Kandungan ubat gigi mampu membantu untuk mengeringkan jerawat dan ia juga mampu untuk menyerap minyak pada wajah. Ini tips paling mudah sekali untuk amalkan. Muka pun sejuk je bila sapu ubat gigi pada jerawat.

4) Hilangkan Jerawat Dengan Putih Telur 

First, pisahkan kuning telur dengan putih telur. Just ambil putih telurnya sahaja. Pukul sebentar lalu pakaikan ke wajah anda dan diam selama 15 minit. Putih telur ini berfungsi membantu mengurangkan minyak di wajah anda yang seringkali menjadi penyebab timbulnya jerawat. Selepas itu cuci dengan air suam. Selain itu, telur putih ini boleh buang blackhead dan whitehead dengan korang rendamkan tisu dengan telur putih kemudian tampalkan tisu pada hidung. Selepas kering, tengok blackhead dan whitehead melekat pada tisu. Cuma kelemahannya bau hanyir pada telur je la..

5) Hilangkan Jerawat Dengan Pucuk Jambu Batu

Ambil segenggam pucuk jambu batu (korang jangan pulak ambil daun yang tua, kesian muka.hehe) dan gulungkan pada tangan . Kemudian gosok-gosokkan pucuk jambu batu pada muka. Biarkan beberapa minit supaya kering di muka . Kemudian basuhlah dengan air suam.

6) Hilangkan Jerawat Dengan Air Basuhan Beras

Air basuhan beras jangan dibuang. Ia turut mempunyai banyak khasiat tradisional. Selawat Nabi sebanyak tiga kali dan basuh muka dengan air basuhan beras tersebut. Jangan dilapkan, biarkan hingga kering sendiri. Selepas kering, cuci dengan air suam.
Semua orang pasti tidak suka jerawat, lebih-lebih lagi jerawat di muka yang menggangu penampilan diri. Selain itu, parut jerawat biasanya tidak hilang dengan mudah dari wajah kita.

7) Hilangkan Jerawat Dengan Lidah Buaya

Lendir lidah buaya (aloe vera) selain dapat menghilangkan jerawat, ia juga bagus untuk menghilangkan parut jerawat. Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, sapukan lendir lidah buaya pada bahagian muka yang terdapat jerawat. Ulangi langkah ini pada setiap pagi dan waktu petang. Yang penting berterusan.

that's all :)


Wednesday, November 28, 2012

selamat rina

Assalammualaikum


Alhamdulillah, harini genap umur aku 23 tahun.. dah besar ye kamu rina. hihi..

Kepada semua yg wish besday kat aku, tqvm. sayang kamu semua.. semoga makin matang la aku lepas ni walaupun rasanya masih muda lagi usia 23 ni bagi aku. ketot tu memang dah xboleh ubah dah la..hehe

tahun ni rasanya xde apa2 yang special. tetapi ucapan dan doa dari semua dah cukup bagi aku untuk rasa dihargai.
"act agak hiba sikit for someone. but it's ok lah. Senyum Selalu bagus untuk gembirakan hati ini"

anyway, tu je yg aku nak berceritera pada entry kali ni.
babai *_*

Saturday, November 24, 2012

MCD sedap sangat

Hye peps.

Entry kali ni, i nak share sikit  ngan korang tentang MCD. jom reramai baca

gambar ni adalah untuk pemanas badan sebelum nak minta u ollss baca entry kat bawah ni. semoga kita sama2 mendoakan mereka di sana. 





Kenapa kita perlu boikot rangkaian Restoran McDonald? 

Isu ni dari dulu tak selesai-selesai, tiada penghujung dan noktahnya.. Mungkin sedikit penjelasan dan ulasan akan memberikan sedikit pencerahan.


Berkaitan kenyataan McD Malaysia. McD Malaysia membayar yuran franchisee kpd McD Corp USA. Ada puluhan ribu restoran McD di seluruh dunia. Walaupun setiap dari Restoran McD ini menyumbang sebanyak 5% dari hasil mereka ini sudah berjumlah ratusan juta USD (bahkan mungkin billion dollar).



Oleh kerana McD secara konsisten ada menyumbang kepada ekonomi Israel sejak 30 tahun yang lalu, maka kita harus menyampaikan mesej yang jelas lagi tegas di seluruh dunia kepada semua negara di mana McD ada membuka cawangan. 



Jika setiap negara di mana McD beroperasi membuat penafian bahawa ‘mereka tidak menyumbang kepada Israel’ bahkan mereka adalah syarikat berdaftar di negara masing-masing, maka pemboikotan akan gagal dan McD Corporation US bolih meneruskan sokongan tidak berbelah bagi kepada Israel.



Tetapi jika setiap warga dunia mula memboikot operasi McD di negera masing-masing maka ini akan menyampaikan mesej yang jelas supaya McD Corp US menghentikan sokongannya kepada Israel.



Bayangkan jika kutipan dari yuran franchisee sahaja jumlahnya ratusan juta dollar sehari, berapa banyak jentera perang yang bolih dibeli oleh Israel dengan sumbangan McD bagi membunuh rakyat Palestin.



Kerana itu, boikot adalah satu ‘peperangan’. Seruan boikot akan diterjah semula oleh pihak musuh dengan mengatakan kami ‘cawangan tempatan’ dan kami hanya membayar cukai kpd kerajaan kita. Lagipun kami menyumbang kepada ekonomi negara dan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.



Jika semua negara membuat pengistiharan seperti ini dan semua warga dunia terpedaya dengan seruan kata-kata manis ini, maka  boikot  akan gagal secara keseluruhannya (total failure). 



Tetapi apabila McD seberang laut menerima tempias dari polisi McD Corp yang membiayai Israel, maka akhirnya McD Corp terpaksa berfikir lagi sebelum meneruskan sokongannya kepada zionis kerana keuntungan seberang lautnya mula menyusut.



Ini boleh dibuktikan betapa lebih 400 buah restoran rangkain McDonald di Jepun sudah gulung tikar dan beberapa ratus lagi bakal menyusul



Ingat boikot adalah peperangan dan musuh akan menggunakan hujjah ‘yang masuk akal’ untuk menggagalkan strategi boikot. 

Nabi Muhammad SAW pernah berpesan dengan maksudnya: 
" Sesungguhnya di kalangan kamu yang melihat perkara mungkar, hendaklah dia mengubah dengan tangannya, kalau tidak berkuasa mengubah dengan tangan ,maka dengan lidah, kalau tidak berkuasa dengan lidah, maka benci di dalam hati, itulah tanda selemah-lemah iman." 

Mengikut satu riwayat lain dan tidak ada selepas daripada itu iman walaupun sebijik sawi. Ertinya kalau benci di dalam hati tidak ada, maka bererti bersetujulah dengan kemungkaran yang berlaku.


Nak pergi ke Gaza untuk sama-sama berjuang dengan para Mujahiddin Hamas sudah pasti kita tidak ada kemampuan, maka cara selemah-lemah jihad yang mampu kita lakukan ialah  BOIKOT RESTORAN MCDONALD...KITA TIDAK AKAN MATI DAN RUGI JIKA TIDAK MENJAMAH BURGER ATAU APA JUA MAKANAN YANG DIJUAL DIRESTORAN MCDONALD... BANYAK LAGI MAKAN ALTERNATIF YANG BOLEH DIPEROLEHI DIRESTORAN LAIN.


JADILAH SEORANG MANUSIA YANG ADA PERASAAN KEMANUSIAAN.

p/s :this entry just #copy and paste. Sekian ~ 

Saturday, November 17, 2012

Wishes

Assalammualaikum


Just nak wish good luck for pak cik yang akan menghadapi exam esok.

Bosan lah. Sekian -_-

Friday, November 16, 2012

Komtaq habaq mai

Assalammualaikum all

Seperti yang telah sedia tahu, khamis tadi adalah cuti umum buat semua sempena sambutan Awal Muharam.
Dikesempatan ini dan mungkin tidak terlewat lagi untuk mengucapkan selamat tahun baru. Semoga di tahun baru ni, masing2 mempunyai azam baru masing2. Azam aku? "nak beli banglo" .  kemain kau punya azam rina! haha.. actually aku pn xde azam tahun baru lagik.. teruk betul kau kan rina. heee :)

Kembali kepada tujuan asal aku menulis entry pada kali ini jst nak share sikit pasal komtar kat penang ni. disebabkan hari tu bosan duk umah, so just suka2 p la jalan2 ke penang ni.. 


sampai sini, tgk2 dah xboleh nak masuk kat dalam. kuciwa seyh aku. dulu mak aku kata sonok shopping sini. disebabkan dah xleh masuk, so kami pulang dan pusing2 lah ke tempat lain. tiba matahari nak terbenam, baru lah kami pulang. 

# just mengisi entry kali ini dengan mood kebosanan. -_-
*log out*

Tuesday, November 13, 2012

Happy Deepavali

Assalammualaikum


Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua yg menyambutnya.

just nak share apa yg aku tahu dengan korang sempena Deepavali ni.

"kita boleh wish happy deepavali, tp nak menyambut mcm mereka tu dah xboleh"

tu lah yang aku faham serba sikit dari petikan yang aku baca dari email yg kawan aku hantar tu

@ boleh baca petikan yg aku cari hasil bantuan mr google ni.
(malas nak edit, just copy and paste. mcm xbiasa pulak kan.. ngeh ngeh..)


"Hari Deepavali jatuh pada bulan ketujuh dalam kelender Hindu, biasanya pada bulan Oktober atau November. Oleh kerana namanya Pesta Cahaya, ia disambut dengan cahaya dan lampu oleh penganut Hindu. Asal usul perayaan ini adalah berkaitan dengan pertembungan antara Dewa Rama dengan Ravana, dimana kemenangan berpihak pada Dewa Rama, yang akhirnya berjaya merampas Sita dari Ravana yang jahat.

Selain itu terdapat juga pelbagai cerita lain yang berkaitan dengan perayaan ini, seperti pergaduhan antara Dewa Krishna dengan Syaitan Asura- yang dimenangi oleh pihak baik lantas dirayakan dengan pelita dan lampu-lampu.

penganut Hindu menyambut Deepavali kerana banyak sebab dan paling utama mengikut kepercayaan mereka ialah bagi memperingati kemenangan Dewa Krishna menentang Nargasura, yang merupakan kejayaan kebaikan mengalahkan kejahatan.

Dari penyataan diatas, jelas kepada kita perayaan Deepavali menurut agama Islam adalah perayaan yang syirik dan amat ditegah oleh Islam untuk umat islam untuk menyambutnya. ALLAH berfirman :
Janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.” (Luqman, 31: 13)

dan umat Islam WAJIB kembali kepada Islam dan bukan hanya bertaqlid kepada mereka yang mengaku muslim tetapi hadir sahaja hari perayaan orang kafir malah mereka lah yang pertama 'wish' dan mengucap selamat terhadap perayaan golongan kafir yang jelas syirik . Allah mengingat kita supaya tidak mengikut sesuatu tanpa pengetahuan yang benar

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.”(al-Isra’, 17: 36)

Jawapan dari soalan yang saya lontarkan sebentar tadi adalah kita sangat di larang daripada menyambut perayaan keagamaan kaum lain kerana perbuatan tersebut boleh membawa syirik kepada Allah.
Semoga Allah menjauhkan kita"



so , selamat bercuti pada public holiday hari ini.  ~_~

Thursday, November 8, 2012

cuti

Assalammualaikum

today aku cuti lagi.. tapi kali ini segera punya cuti.
ni gara-gara janji manis SADA atau syarikat bekalan air yg tidak menepati janjinya.

pada mlm td, aku terpaksa menahan kepanasan semata-mata tiada air dan tidur awal dgn harapan pada esok pagi aku dapat menikmati mandi pagi yg sejuk dan nyaman.

pagi ini, aku dengan muka ceria dan bersemangat nak pergi kerja bersiap2 lah untuk mandi. u know what happen? 1 titik air pon x ade kua dari corong2 paip! tersentap kau jemah! sakit hati sungguh time tuh hingga xterkata.selesai melakukan apa yg penting dahulu, tgk jam dah pun pukul 7.10 am. nak mandi kat masjid? ish xkan kot. pmpuan kan..paham2 la.. nak g ke R&R? ish dah lewat pulak.. tara nak siap, panaskan enjin, angkut baju.. dah take time dah kan.. n 1 benda yg aku xterfikir time tu adalah nak tumpang mandi rumah member. siyes lansung xfkr.. maklumlah jiwa muda mudi tgh hot yg teramat masa tu kan.. time masa tu dah hmpir 7.30am and lastly aku decide ponteng je la koje arini. packing2 barang, sumbat baju yg bau hapak xbasuh lagi dan cabut balik kampung.

disebabkan mlm td siyes nak sgt mkn beger banjir tp xdapat, so aku decide nak mkn beger mcd jek pg neh.sampai central square, singgah ke mcd dan order yg nih.

makan yg bajet jek. ^_^

perut kenyang, jiwa senang. aku teruskan perjalanan pulang ke kampung. tiba di rumah, terasa bosan la pulak. fikir punya fikir, so aku decide nak g jumpa member tempat keja lama. rindu pulak dgn mereka. tepat kul 1, aku pn merempit jek naik motor ke tempat keja lama tuh. smpai sana ramai pulak yg bercuti.. so dapat berjumpa beberapa org sahaja. xpe la. yg penting kakak tersayang aku sorang neh dtg.

"kak fiza saya" ewah ayat ko rina.  :)

lepas sembang2 kosong (habis time rehat mereka) barulah aku balik. xde lama pn. nak sembang lama time keja kan. merempit pulang.
.........................................................................................................................................
.........................................................................................................................................
.........................................................................................................................................
.........................................................................................................................................
.........................................................................................................................................
.........................................................................................................................................
.........................................................................................................................................
.........................................................................................................................................
.........................................................................................................................................
.........................................................................................................................................
.........................................................................................................................................
.........................................................................................................................................
.........................................................................................................................................
.........................................................................................................................................
.........................................................................................................................................
.........................................................................................................................................
.........................................................................................................................................
 ni bukan tempat kosong nak jawab exam laaa. act dah xtau nak tulis apa dah. tamat setakat ini.

~S.E.K.I.A.N~





Wednesday, November 7, 2012

beger bakar

Assalammualaikum,

teringinnya nak makan beger bakar banjir! 

nyummy! xde sapa nak blanje dan bwk saya. ouch! tacingnye dimlm2 ini :(

Tuesday, November 6, 2012

line

Assalammualaikum,


sakit hati je rasa dengan line no ni.. dah 3 hari mcm ni..

tolong lah, cepatkan service tu.

p/s : a.p.e.s.a.l.s.e.j.a.k.a.k.h.i.r-a.k.h.i.r.n.i.a.k.u.a.s.y.i.k.n.a.i.k.a.n.g.i.n.j.e.r!

Monday, November 5, 2012

kembali semula

Assalammualaikum


Alhamdulillah, si putih dah kembali sihat. lega rasanya. semoga selepas ini kamu xsakit lagi. Amin.

#p.a.k.a.i.k.a.n.c.e.r.m.i.n.m.a.t.a.b.a.r.u.u.n.t.u.k.k.a.m.u :)

Friday, November 2, 2012

kudis

Assalammualaikum


terasa agak tertekan kerana si putih saya 'demam'
baru2 ni timbul pula 'kudis' disebabkan terkena 'bakteria' secara tidak disengajakan.
dah la baru lepas raya! damn!! terasa seperti nak pengsan saya ketika terkena 'bakteria' tersebut.


p/s : m.e.m.b.a.w.a.s.i.p.u.t.i.h.k.e.h.o.s.p.i.t.a.l.s.e.m.o.g.a.k.a.m.u.c.e.p.a.t.s.i.h.a.t.