Wednesday, December 19, 2012

senyum tidak perlu kata apa-apa

Hello u ollss


Entry kali ni aku nak share sikit info mengenai fakta senyuman. 

Kebanyakan daripada kita semua apabila nak berposing dan upload picture ke facebook @ twitter contohnya, perkara pertama yang bermain dibenak kita semestinya adalah senyum. Namun senyum sebenarnya adalah lebih daripada itu. Ia bukan sekadar ekspresi wajah untuk bergambar semata-mata. Jom kita selami sedikit sebanyak kepentingan dan faedah yang kita dapat bila kita senyum.

1)Senyum Elok Untuk Tubuh
Setiap kali kita berkerut, kita secara tidak langsung menggerakkan 43 otot muka manakala apabila kita senyum kita hanya menggunakan 17 otot sahaja. Ada kajian mengatakan bahawa selalu senyum dapat mengurangkan tekanan darah. Tambah sedikit dengan gelak akan menyebabkan tubuh badan anda bersenam dengan sendirinya. Ketawa dapat menurunkan kalori sehingga 20%.

2)Senyum Ertinya Manusia
Satu perkara yang membezakan manusia dengan haiwan ialah senyum. Senyum bukan perkara yang diajar tetapi ia mekanisma semulajadi yang berlaku sewaktu kita lahir. Kajian menunjukkan setiap bayi yang disambut akan senyum pada 2 atau 3 jam selepas lahir.

3) Wanita Lebih Gemar Senyum
Fakta membuktikan bahawa wanita akan senyum 62 kali sehari berbanding lelaki yang hanya akan menunjukkan gigi (senyum) 8 kali sehari. Kajian ini dilakukan terhadap dua jantina yang mempunyai sama kerjaya dan di tempat yang sama kerana setiap tempat kerja mempunyai etika tersendiri.

4)Senyum Mempunyai Jenis dan Kelas
Gembira bukan satu-satunya perkara yang membuatkan kita tersenyum. Kajian menunjukkan manusia mempunyai 19 jenis senyuman. Ia bergantung kepada situasi dan emosi termasuk kebencian dan marah.
Secara umum kita boleh menilai sama ada orang itu senyum ikhlas atau tidak.

5)Kecantikan Lahir Daripada Senyum
Apabila ditanya semasa soal-selidik di Scotland University, siapakah pelajar yang paling menarik?
Masing-masing menuding jari ke arah mereka yang sedang senyum. Dalam laporan kajian, 69% wanita nampak muda dan menarik apabila senyum berbanding yang hanya menggunakan solekan semata-mata.

6)Senyum Panjangkan Hayat
Universiti Illinois telah melakukan sebuah kajian di mana apabila seseorang itu gembira dan selalu senyum hayatnya boleh mencapai satu dekad lebih berbanding yang tidak. Manakala kajian pada atlet pula boleh mencapai 7 tahun lebih.

7)Perkahwinan Yang Bahagia Datang Daripada Senyuman
Pengkaji di DePauw Uniersity pula mendapati pasangan yang mengukir senyuman dengan kerap kebiasaannya adalah pasangan yang paling erat. Kerana senyum mampu membuat bukan sahaja keluarga bahagia malah orang di sekeliling juga turut tertarik untuk bersama-sama gembira dan membentuk hubungan positif.

8)Senyum Tingkatkan Hormon Gembira
Senyum menurut kajian sains akan melepaskan hormon endorphins, hormon yang membuat manusia suka. Bukan itu sahaja malah ia juga meningkatkan bahan kimia dipanggil Serotonin iaitu bahan kimia yang mengurangkan tekanan dalam badan.

9)Lawan Demam Dengan Senyuman
Tahukan anda bahawa apabila kita senyum badan kita akan menghasilkan anti-body dan Sel T atau sel darah putih yang akan memberikan imunisasi optimum kepada badan.

10)Senyum Itu Wabak
Semasa kajian atau eksperimen dijalankan di Sweden, peserta yang terlibat menyatakan bahawa mereka menghadapi kesukaran untuk berkerut apabila melihat peserta lain senyum ke arah mereka. Apa yang terjadi tanpa disedari mereka akan senyum kepada mereka semula. Mulalah untuk senyum kerana satu dunia akan seyum kepada anda.


p/s : cukup menyampah tgk org yg kerek (sombong). kita pandang + senyum depa wat muka sombong. ingat bagus sgt ka hampa tu? (kan dah terkutuk) +__+

Friday, December 7, 2012

NesCafe iTu BahaYa

Salam,

Zaman sekarang ni, banyak sangat penyakit dari pemakanan dan minuman especially yang mudah dimasak. tak sampai 10 min dah boleh makan/minum. So pada entry pada kali ni aku nak share sikit mengenai nescafe @ coffemate yang kita selalu duk minum especially yang 3 in 1 tu.. Jom baca entry kat bawah ni.

Dalam satu situasi yang aku baca dalam artikel ni 

"Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan. Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya."

Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat  dikenalpasti :


1) Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.
2) Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh.
3) Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
4) Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.
5) Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
6) Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.
7) Tapak tangannya.semakin basah.


"Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)' .Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk
merawat jantungnya: "


1) Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis creamer yang dibuat selain susu (non dairy creamer).
2) Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer.
3) Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi.
4) Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.
5) Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine.
6) Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya.
7) Elakkan mandi selepas makan.
8) Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit, selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.
9) Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda
10) Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.
11) Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.

p/s : Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama
bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.