Friday, December 7, 2012

NesCafe iTu BahaYa

Salam,

Zaman sekarang ni, banyak sangat penyakit dari pemakanan dan minuman especially yang mudah dimasak. tak sampai 10 min dah boleh makan/minum. So pada entry pada kali ni aku nak share sikit mengenai nescafe @ coffemate yang kita selalu duk minum especially yang 3 in 1 tu.. Jom baca entry kat bawah ni.

Dalam satu situasi yang aku baca dalam artikel ni 

"Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan. Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya."

Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat  dikenalpasti :


1) Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.
2) Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh.
3) Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
4) Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.
5) Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
6) Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.
7) Tapak tangannya.semakin basah.


"Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)' .Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk
merawat jantungnya: "


1) Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis creamer yang dibuat selain susu (non dairy creamer).
2) Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer.
3) Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi.
4) Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.
5) Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine.
6) Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya.
7) Elakkan mandi selepas makan.
8) Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit, selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.
9) Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda
10) Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.
11) Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.

p/s : Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama
bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.

No comments: