Wednesday, February 19, 2014

One Step Closer

As salam, aissh lama bebenor xupdate. kemalasan nak update tu semakin membuak-buak sejak koje nih. Tak sama dah masa zaman studi muda mudi dulu. eh? skg dah tua ker? masih muda lagi okeh. :)

Entry kali ni nak sharing mengenai e-day saya. wah. Alhamdulillah kini tunangan si dia.Siapakah dia? yang pasti bukanlah lelaki sekacak aaron aziz. hehe. Hanya insan biasa yang saya sayangi kerana Allah s.w.t. Terima kasih Tuhan kurniakan si dia di saat itu. Saat itu? Ya, saat saya kecewa dan jatuh hilang arah. Allah hantar dia pada saya. Alhamdulillah. Semoga cinta ini berkekalan hingga ke syurga. Berharap semoga segalanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Minta anda semua mendoakan untuk kami.

Wahh.........panjang bebenor menaip. Bosan sangat ni xtahu nak wat gapo dah. Alhamdulillah majlis haritu berjalan lancar. 1 February 2014 i'm engaged dan menjadi tunang kepada si dia. Ni ada satu dua tiga empat keping gambar yang nak dikongsi. Copy dari album pak cik pesbuk jek. Malas tahap makan rambutan dah ni. wah. tetiba teringat rambutan. sodap kalau dapat makan time panas gini. konpem heaven sgt2. lalala -.-"

First sekali mesti la nak upload gambar sendiri. hehe.. makeup ni buat kat kedai. request nak yang natural. Harap makeup sendiri mmh xreti lah kan. yang lain puas hati cuma kat mata tu xpuas hati sikit. lagipun masa tu ramai orang. so saya bg keutamaan pada pengantin untuk hari raja sehari mereka. cewah. terima seadanya.makeup kat Risik Mempelai Parit Buntar.  ok la harga berpatutan. majoriti cakap muka saya lain.haha. gini la kalau org xpenah makeup tebal then sekali makeup terus xkenal.kalau gitu xyah wat plastic surgery pon okay dah. makeup je orang terus xkenal Azrina. lalalala o_O"

Okeh bunga tangan ni saya buat sendiri je. sebulan sebelum eday, dah start mengoogle sikit2. sebulan? peh lama gila. kalau yang pro kejap jek dah siap bunga tangan. konon nak bajet sgt kan. haha.
okay hand bouquet ni saya copy nescafe milo pasta carbonara dekat blog ni HAND BOUQUET . if nak bajet kedekut macam sy boleh ikut tutorial mcm link kat atas tu. siyes saya puas hati. ade yang puji cakap comel tau. agak2 boleh kot nak wat bisnes. haha. :p

sesi wajib adalah sesi bergambar. ni dengan adik2 saya. kalau korang perasan si kecil ni mesti ada. haha. Dia duduk kat katil tu dari orang mula amik gambar smpailah habis. mmg dah pandai berposing si eleesya ni. siyes rindu dia.  
okeh yg baju hitam tu lah peneman saya masa g butik hari tu. Cik wani ni pandai wat kek tau. thanks dear bg hadiah kek sebagai hantaran hari tu. ni nak promote kedai kek tu MAMA HERDA CHOCOLATE CAKE PARIT BUNTAR PERAK  menerima tempahan kek dan mcm2 lagi. kalau korang duk area parit buntar boleh g kedai tu. Yg sebelah kiri tu baru je bertunang sehari awal dari saya. cik nabila namanya. yang baju hijau tu adik kepada cik nabila. Terima kasih sebab datang :)
ni pulak puan nurul suhada namanya. walaupun tersesat nak datang umah tp Alhamdulillah dia n husband selamat sampai. Puan nurul ni wat bisnes makeup n pelamin. kalau nak order boleh tgk kat link fb dia neh. NURUL SUHADA BUNGA KERTAS

This is true candid. thanks cousin and adik jadi photographer kakak time eday ni. dorang mmg sgt berbakat. hehe. Pinjam anak buah en tunang. Comel sgt si irdina di. Geraammmm sgt tgk dia. :)
the last pic in the entry, saat paling mendebarkan. hehe. Sarung cincin. berpeluh2 kot time ni.
Alhamdulillah semua selesai. Terima kasih pada papa mama family n kawan-kawan yang byk membantu.

Urusan borang ni paling saya xsuka sebab banyak sangat nak kena buat. harap semua ok dan semua berjalan dengan lancar hendaknya. Amin.

untuk dia, terima kasih untuk segalanya. Kerana Allah saya sayang dia. in shaa Allah. Amin. Doakan kami  :)

No comments: