Hye peps.
Entry kali ni, i nak share sikit ngan korang tentang MCD. jom reramai baca
gambar ni adalah untuk pemanas badan sebelum nak minta u ollss baca entry kat bawah ni. semoga kita sama2 mendoakan mereka di sana.
Kenapa kita perlu boikot rangkaian Restoran McDonald?
Isu ni dari dulu tak selesai-selesai, tiada penghujung dan noktahnya.. Mungkin
sedikit penjelasan dan ulasan akan memberikan sedikit pencerahan.
Berkaitan kenyataan McD Malaysia. McD Malaysia membayar yuran franchisee kpd
McD Corp USA. Ada puluhan ribu restoran McD di seluruh dunia. Walaupun setiap
dari Restoran McD ini menyumbang sebanyak 5% dari hasil mereka ini sudah
berjumlah ratusan juta USD (bahkan mungkin billion dollar).
Oleh kerana McD secara konsisten ada menyumbang kepada ekonomi Israel sejak 30
tahun yang lalu, maka kita harus menyampaikan mesej yang jelas lagi tegas di
seluruh dunia kepada semua negara di mana McD ada membuka cawangan.
Jika setiap negara di mana McD beroperasi membuat penafian bahawa ‘mereka tidak
menyumbang kepada Israel’ bahkan mereka adalah syarikat berdaftar di negara
masing-masing, maka pemboikotan akan gagal dan McD Corporation US bolih
meneruskan sokongan tidak berbelah bagi kepada Israel.
Tetapi jika setiap warga dunia mula memboikot operasi McD di negera
masing-masing maka ini akan menyampaikan mesej yang jelas supaya McD Corp US
menghentikan sokongannya kepada Israel.
Bayangkan jika kutipan dari yuran franchisee sahaja jumlahnya ratusan juta
dollar sehari, berapa banyak jentera perang yang bolih dibeli oleh Israel
dengan sumbangan McD bagi membunuh rakyat Palestin.
Kerana itu, boikot adalah satu ‘peperangan’. Seruan boikot akan diterjah semula
oleh pihak musuh dengan mengatakan kami ‘cawangan tempatan’ dan kami hanya
membayar cukai kpd kerajaan kita. Lagipun kami menyumbang kepada ekonomi negara
dan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.
Jika semua negara membuat pengistiharan seperti ini dan semua warga dunia
terpedaya dengan seruan kata-kata manis ini, maka boikot akan gagal
secara keseluruhannya (total failure).
Tetapi apabila McD seberang laut menerima tempias dari polisi McD Corp yang
membiayai Israel, maka akhirnya McD Corp terpaksa berfikir lagi sebelum
meneruskan sokongannya kepada zionis kerana keuntungan seberang lautnya mula
menyusut.
Ini boleh dibuktikan betapa lebih 400 buah restoran rangkain McDonald di Jepun
sudah gulung tikar dan beberapa ratus lagi bakal menyusul
Ingat boikot adalah peperangan dan musuh akan menggunakan hujjah ‘yang masuk
akal’ untuk menggagalkan strategi boikot.
Nabi Muhammad SAW pernah berpesan dengan maksudnya:
" Sesungguhnya di
kalangan kamu yang melihat perkara mungkar, hendaklah dia mengubah dengan
tangannya, kalau tidak berkuasa mengubah dengan tangan ,maka dengan lidah,
kalau tidak berkuasa dengan lidah, maka benci di dalam hati, itulah tanda
selemah-lemah iman."
Mengikut satu riwayat lain dan tidak ada selepas
daripada itu iman walaupun sebijik sawi. Ertinya kalau benci di dalam hati
tidak ada, maka bererti bersetujulah dengan kemungkaran yang berlaku.
Nak pergi ke Gaza untuk sama-sama berjuang dengan para Mujahiddin Hamas sudah
pasti kita tidak ada kemampuan, maka cara selemah-lemah jihad yang mampu kita
lakukan ialah BOIKOT RESTORAN MCDONALD...KITA TIDAK
AKAN MATI DAN RUGI JIKA TIDAK MENJAMAH BURGER ATAU APA JUA MAKANAN YANG DIJUAL
DIRESTORAN MCDONALD... BANYAK LAGI MAKAN ALTERNATIF YANG BOLEH DIPEROLEHI
DIRESTORAN LAIN.
JADILAH SEORANG MANUSIA YANG ADA PERASAAN KEMANUSIAAN.
p/s :this entry just #copy and paste. Sekian ~
No comments:
Post a Comment