Assalammualaikum
Entry pada kali ni aku nak share sikit petua2 untuk menghilangkan jerawat. rasanya bila semua dah masuk alam remaja, mesti semua akan mengalami jangkitan jerawat walaupun seketul kecik kan. bagi aku, first time muka aku dijangkiti jerawat adalah ketika aku ditingkatan 2. Actually pada mulanya xde pun lagi jerawat. tp maklumlah, jiwa meningkat remaja, tgk iklan produk2 kecantikan kat tv. terpengaruh la pulak. tgk pulak model2 cun2 kan. then terus g kedai n beli produk ape ntah dah xbpe nak ingt. lepas beberapa kali try, rasa macam x sesuai, aku try lagik produk lain. last2 timbul la jerawat yg berlambak-lambak dan x terkira kat muka aku ni. siyes masa tu aku nages sungguh2 kot. lepas dari tu, aku guna 1 jenis produk je dan alhamdulillah berkesan dan sesuai dengan kulit aku. terima kasih Ya Allah.
ok cerita di atas ni cuma nak berkongsi pengalaman aku bila mula2 kena penyakit yang dinamakan jerawat ni. baru-baru ni aku ada dapat 1 artikel mengenai tips-tips cara nak menghilangkan jerawat menggunakan produk asli. bukan tiruan ok. bebas bahan kimia dan segala bagai. nak dapat pun senang tau.
ni adalah tips-tips yang aku nak kongsikan. boleh lah kalau korang nak try nanti. mana tau berkesan.
inshaa Allah
1) Hilangkan Jerawat Dengan Tomato
Buah tomato
ini mempunyai pelbagai khasiat yang bagus. Antara khasiat buah tomato ialah
baik untuk kesihatan mata, menghilangkan bintik hitam (blackheads) dan juga
menghilangkan jerawat. Mula-mula belah buah tomato dan lumurkan ke seluruh muka
dan biar sekurang-kurangnya 1 jam atau biar sehingga kering barulah bilas
dengan air suam. Untuk hasil yang terbaik amalkan juga dengan makan tomato.
2) Hilangkan Jewarat Dengan Kulit Kayu Manis
Mula-mula ambil satu kulit kayu manis dan
asahkannya pada tembikar atau alas pengasah campurkan dengan sedikit madu.
Kalau takde madu boleh juga gunakan air biasa. Jadikannya sebagai masker dan
sapukan ke seluruh muka sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada
keesokan paginya. Amalkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Peringatan
kalau first time cuba
letakkan nipis-nipis sebab kulit kayu manis ini panas. Kalau dah biasa boleh
sapuan tebal. Tapi kulit kayu manis memang paling mujarab untuk cuba . Cuma
kelemahan panas dan bau rempah yang kuat. Hee..
3) Hilangkan Jerawat Dengan Ubat Gigi
Sebelum
tidur, letakkan ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat. Biarkan
semalaman/sampai pagi kemudian baru di bilas dengan air yang suam. Kandungan
ubat gigi mampu membantu untuk mengeringkan jerawat dan ia juga mampu untuk
menyerap minyak pada wajah. Ini tips paling mudah sekali untuk amalkan. Muka pun sejuk je bila sapu ubat gigi pada
jerawat.
4) Hilangkan Jerawat Dengan Putih Telur
First,
pisahkan kuning telur dengan putih telur. Just ambil putih telurnya sahaja.
Pukul sebentar lalu pakaikan ke wajah anda dan diam selama 15 minit. Putih
telur ini berfungsi membantu mengurangkan minyak di wajah anda yang seringkali
menjadi penyebab timbulnya jerawat. Selepas itu cuci dengan air suam. Selain
itu, telur putih ini boleh buang blackhead dan whitehead dengan korang
rendamkan tisu dengan telur putih kemudian tampalkan tisu pada hidung. Selepas
kering, tengok blackhead dan whitehead melekat pada tisu. Cuma kelemahannya bau
hanyir pada telur je la..
5) Hilangkan Jerawat Dengan Pucuk Jambu Batu
Ambil segenggam pucuk jambu batu (korang jangan pulak ambil daun
yang tua, kesian muka.hehe) dan gulungkan pada tangan . Kemudian gosok-gosokkan
pucuk jambu batu pada muka. Biarkan beberapa minit supaya kering di muka .
Kemudian basuhlah dengan air suam.
6) Hilangkan Jerawat Dengan Air Basuhan Beras
Air basuhan beras jangan dibuang. Ia
turut mempunyai banyak khasiat tradisional. Selawat Nabi sebanyak tiga kali dan
basuh muka dengan air basuhan beras tersebut. Jangan dilapkan, biarkan hingga
kering sendiri. Selepas kering, cuci dengan air suam.
Semua orang
pasti tidak suka jerawat, lebih-lebih lagi jerawat di muka yang menggangu
penampilan diri. Selain itu, parut jerawat biasanya tidak hilang dengan mudah
dari wajah kita.
7) Hilangkan Jerawat Dengan Lidah Buaya
Lendir
lidah buaya (aloe vera) selain dapat menghilangkan jerawat, ia juga bagus untuk
menghilangkan parut jerawat. Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa
kerat dan bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, sapukan lendir lidah buaya
pada bahagian muka yang terdapat jerawat. Ulangi langkah ini pada setiap pagi
dan waktu petang. Yang penting berterusan.
that's all :)
No comments:
Post a Comment